Friday 9 March 2012

Keselamatan motosikal di dalam Kampus

Kehilangan Motosikal pelajar yang dilaporkan baru-baru ini di beberapa lokasi dalam kampus telah mendapat perhatian serius Bahagian Keselamatan. Disamping itu beberapa operasi telah dijalankan oleh Bahagian Keselamatan untuk memastikan kadar kecurian motosikal berkurangan di dalam Kampus. Lokasi kehilangan motosikal yang dilaporkan adalah seperti berikut:-


  • Tempat letak Motosikal Kolej Tun Husien Onn
  • Tempat letak Motosikal Kolej Rahim Kajai
  • Tempat letak Motosikal kolej Dato Onn
  • Tempat letak Motosikal Pusanika
  • Tempat Letak Motosikal K13D KIY
  • Tempat Letak Motosikal K18D-KAIZ
  • Tempat letak Motosikal FPI
Sehubungan itu, Bahagian Keselamatan menyarankan agar pelajar-pelajar mengambil langkah seperti menggunakan kunci pendua atau merantai motosikal di tempat yang telah disediakan bagi mengelakkan kecurian. Pihak Keselamatan juga akan membuat rondaan yang kerap dan akan terus membuat pemeriksaan ketat di Pintu Utama bagi mengatasi masalah ini.

Pelajar juga dikehendaki memaklumkan dengan kadar segera ke pejabat keselamatan sekiranya berlaku kehilangan Motosikal. Pelajar-pelajar juga boleh menghubungi terus talian 24 Jam Bahagian keselamatan di talian 03-89214444/4666

"Keselamatan Tanggungjawab Bersama"

Friday 2 March 2012

OPERASI PERATURAN-PERATURAN LALULINTAS JALAN UKM 1998

gambar-sekadar hiasan
Operasi jalan raya bagi memastikan PERATURAN-PERATURAN LALULINTAS JALAN UKM 1998 dipatuhi telah dijalankan dari 20 hingga 24 Februari yang lepas. Operasi dijalankan dibeberapa lokasi seperti PUSANIKA,KOLEJ DATO'ONN, PINTU NO 2 & 3, DAN CANSELORI. Operasi kali ini, turut dijalankan di Kampus Kuala Lumpur. Operasi telah di ketuai oleh Penyelia Unit Trafik Pembantu keselamatan En Zulkefli Yaakub.

Menurut En Zulkefli Sebanyak 176 Saman telah dikeluarkan sepanjang seminggu operasi dijalankan. Kampus Kuala Lumpur mencatatkan 10 Saman. Antara Kesalahan yang banyak dilakukan adalah kegagalan mempamer pelekat kenderaan/kenderaan tidak berdaftar dengan Bahagian Keselamatan. Sehubungan itu Bahagian Keselamatan menasihatkan supaya mereka yang gagal mendapatkan pelekat ini berhubung dengan pejabat Keselamatan. Sepanjang Operasi dijalankan juga mendapati semakin ramai pengguna jalanraya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.