Wednesday, 16 May 2012
UCAPAN YANG BERBAHAGIA ENCIK AB. AZIZ OTHMAN, PENDAFTAR UKM DALAM PERBARISAN TAHUNAN BAHAGIAN KESELAMATAN 2012
YANG BERBAHAGIA ENCIK
AB. AZIZ OTHMAN, PENDAFTAR UKM
DALAM PERBARISAN
TAHUNAN BAHAGIAN KESELAMATAN 2012
BERSEMPENA SAMBUTAN
HARI ULANG TAHUN KE 42
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BISMILLAH
HIRAHMAN NIRAHIM
ASSALAMUALAIKUM
WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA
YANG
BERUSAHA LEFTENAN KOLONEL JURY TASRIPAN PENGARAH KESELAMATAN BAHAGIAN
KESELAMATAN UKM, PEGAWAI-PEGAWAI DAN ANGGOTA-ANGGOTA BAHAGIAN KESELAMATAN UKM
SEKELIAN.
1. TERLEBIH DAHULU MARILAH KITA BERSAMA-SAMA
BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH S.W.T. KERANA DENGAN IZINNYA KITA DAPAT BERSAMA-SAMA
DALAM UPACARA PERBARISAN TAHUNAN BAHAGIAN KESELAMATAN BERSEMPENA DENGAN
SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KE 42 TAHUN UKM.
MAJLIS INI JUGA DIADAKAN UNTUK
MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA 2 ANGGOTA
KESELAMATAN YANG DINAIKKAN PANGKAT, 8 ORANG ANGGOTA YANG DISAHKAN JAWATAN DAN MERAIKAN 7 ORANG ANGGOTA KESELAMATAN YANG
TELAH DAN AKAN BERSARA.
TUAN-TUAN
DAN PUAN-PUAN SEKELIAN,
2. IZINKAN SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI
UNTUK MEMBERI SEPATAH DUA KATA KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEBAGAI AMANAT DAN PANDUAN MELAKSANAKAN TUGAS.
3. SAYA INGIN MENYENTUH DALAM MELAKSANAKAN
TUGAS, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN HENDAKLAH MEMPUNYAI SIFAT AMANAH, BERINTERGERITI
DAN BERTANGGUNGJAWAB. TANGGUNGJAWAB BAHAGIAN KESELAMATAN ADALAH BERAT DIMANA
SEMUA HAL-HAL YANG MELIBATKAN KESELAMATAN INDIVIDU, HARTA BENDA DAN KEAMANAN
KAMPUS ADALAH TANGGUNGJAWAB BAHAGIAN INI. HARAPAN PIHAK PENGURUSAN UNIVERSITI
AGAR BAHAGIAN INI DAPAT MENYEDIAKAN KAWALAN KESELAMATAN YANG BOLEH MENJAMIN KESELURUHAN
KESELAMATAN DI UNIVERSITI. SAYA BERHARAP SEMUA ANGGOTA KESELAMATAN DARI SEMUA PERINGKAT
BERSAMA-SAMA MEMIKUL TANGGUNGJAWAB INI DENGAN BERTUGAS LEBIH BAIK , AMANAH DAN
PENUH TANGGUNGJAWAB. JIKA INTERGERTI SEMASA MENJALANKAN TUGAS DIPERTIKAIKAN
MAKA IANYA AKAN MENGUNDANG KEJADIAN-KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU DAN
INI BOLEH MENJEJASKAN IMEJ UNIVERSITI DAN MEROSAKKAN NAMA BAIK BAHAGIAN
KESELAMATAN DAN JABATAN PENDAFTAR SENDIRI.
4. DALAM MELAKSANAKAN TUGAS SAYA JUGA
BERHARAP TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SENSETIF DAN PEKA KEPADA PERKARA-PERKARA YANG
BERLAKU DI DALAM KAMPUS DAN SEKITARNYA. SELAKU ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB
DENGAN KESELAMATAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEHARUSNYA MERASA SYAK KEPADA
INDIVIDU-INDIVIDU YANG MENCURIGAKAN DENGAN BERTANYA ATAU MENAHAN MEREKA JIKA
PERLU.
5. BAHAGIAN KESELAMATAN JUGA MEMPUNYAI
PERANAN YANG BESAR DALAM UNIVERSITI INI SEPERTI JUGA BAHAGIAN-BAHAGIAN LAIN.
BAHAGIAN KESELAMATAN MERUPAKAN IMEJ PERTAMA UNIVERSITI YANG MENJADI FRONT LINE
DI PINTU-PINTU UTAMA UNIVERSITI. OLEH YANG DEMIKIAN KETERAMPILAN DIRI DENGAN
BERPAKAIAN YANG KEMAS, PERWATAKAN YANG BAIK, SIKAP DAN LAYANAN KEPADA TETAMU
YANG TERBAIK SEHARUSNYA DIAMALKAN SEBILANG MASA. DENGAN CARA ITU NAMA BAIK UNIVERSITI SENTIASA DAPAT DIJAGA. SAYA JUGA BERHARAP KEPADA SEMUA ANGGOTA
KESELAMATAN SUPAYA MENJALANKAN TUGAS DENGAN SOPAN DAN MENGHORMATI
PELANGGAN-PELANGGAN UNIVERSITI INI, NAMUN BEGITU KETEGASAN KETIKA MENJALANKAN
TUGAS PERLU DIUTAMAKAN. TINDAKAN PERLU
DIAMBIL KEATAS MEREKA YANG MELANGGAR PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI TANPA
MENGIRA KEDUDUKAN MEREKA. PENDEKATAN
TEGAS DAN MESRA PERLU DIAMALKAN SEBILANG MASA.
6. SEPERTIMANA YANG SEDIA MAKLUM, UNIVERSITI
INI TELAH DIISYTIHARKAN SEBAGAI UNIVERSITI PENYELIDIKAN DAN DALAM PROSES
MENJADI SEBUAH UNIVERSITI YANG TERKEHADAPAN PADA TAHUN 2018. OLEH ITU CABARAN YANG AKAN KITA HADAPI ADALAH
KITA AKAN BERHADAPAN DENGAN PELAJAR-PELAJAR DARI DALAM DAN LUAR NEGARA YANG
BERPENGETAHUAN LUAS. OLEH ITU KITA
HENDAKLAH MEMPERSIAPKAN DIRI KITA DENGAN ILMU-ILMU PENGETAHUAN YANG TINGGI
DALAM PROFESION KITA SEBAGAI ANGGOTA KESELAMATAN SUPAYA KITA SENTIASA DIHORMATI.
7. TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG SAYA HORMATI
SEKELIAN, AKHIR KATA SAYA INGIN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA ANGGOTA-ANGGOTA YANG
TELAH DINAIKKAN PANGKAT DAN DISAHKAN JAWATAN, BERTUGASLAH DENGAN PENUH DEDIKASI
DAN BERTANGGUNGJAWAB. KEPADA
ANGOTA-ANGGOTA YANG TELAH DAN AKAN BERSARA, SAYA BAGI PIHAK PENGURUSAN UNIVERSITI MENGUCAPKAN
TERIMA KASIH DIATAS SUMBANGAN DAN KHIDMAT BAKTI TUAN-TUAN KEPADA UNIVERSITI
INI. SESUNGGUHNYA JASA-JASA TUAN-TUAN SENTIASA DIKENANG DAN SAYA BERDOA MOGA
TUAN DIBERI KESIHATAN YANG BAIK SERTA SENTIASA DEBERKATI OLEH ALLAH SWT. SEKIAN TERIMA KASIH.
Friday, 20 April 2012
Tangkapan Haiwan Liar di dalam Kampus
Operasi menangkap haiwan liar yang dilaksanakan bersama Perhilitan Hulu Langat bermula 29 Mac yang lalu masih diteruskan sehingga kehari ini. Ketua Unit Perhilitan Hulu Langat En. Nasran Ujang ketika dihubungi bersetuju untuk mengekalkan 2 perangkap monyet dan 1 perangkap babi di dalam kampus UKM.
Pemantauan akan diteruskan oleh Bahagian Keselamatan bagi memastikan haiwan liar dapat dikawal. Untuk makluman dalam masa terdekat Pihak Keselamatan akan membuat operasi anjing liar yang kerap dilaporkan. Semoga keselamatan warga UKM akan sentiasa terjamin.
![]() |
Tangkapan di Sebuah Kolej |
Friday, 9 March 2012
Keselamatan motosikal di dalam Kampus
Kehilangan Motosikal pelajar yang dilaporkan baru-baru ini di beberapa lokasi dalam kampus telah mendapat perhatian serius Bahagian Keselamatan. Disamping itu beberapa operasi telah dijalankan oleh Bahagian Keselamatan untuk memastikan kadar kecurian motosikal berkurangan di dalam Kampus. Lokasi kehilangan motosikal yang dilaporkan adalah seperti berikut:-
- Tempat letak Motosikal Kolej Tun Husien Onn
- Tempat letak Motosikal Kolej Rahim Kajai
- Tempat letak Motosikal kolej Dato Onn
- Tempat letak Motosikal Pusanika
- Tempat Letak Motosikal K13D KIY
- Tempat Letak Motosikal K18D-KAIZ
- Tempat letak Motosikal FPI
Sehubungan itu, Bahagian Keselamatan menyarankan agar pelajar-pelajar mengambil langkah seperti menggunakan kunci pendua atau merantai motosikal di tempat yang telah disediakan bagi mengelakkan kecurian. Pihak Keselamatan juga akan membuat rondaan yang kerap dan akan terus membuat pemeriksaan ketat di Pintu Utama bagi mengatasi masalah ini.
Pelajar juga dikehendaki memaklumkan dengan kadar segera ke pejabat keselamatan sekiranya berlaku kehilangan Motosikal. Pelajar-pelajar juga boleh menghubungi terus talian 24 Jam Bahagian keselamatan di talian 03-89214444/4666
"Keselamatan Tanggungjawab Bersama"
Friday, 2 March 2012
OPERASI PERATURAN-PERATURAN LALULINTAS JALAN UKM 1998
gambar-sekadar hiasan |
Operasi jalan raya bagi memastikan PERATURAN-PERATURAN LALULINTAS JALAN UKM 1998 dipatuhi telah dijalankan dari 20 hingga 24 Februari yang lepas. Operasi dijalankan dibeberapa lokasi seperti PUSANIKA,KOLEJ DATO'ONN, PINTU NO 2 & 3, DAN CANSELORI. Operasi kali ini, turut dijalankan di Kampus Kuala Lumpur. Operasi telah di ketuai oleh Penyelia Unit Trafik Pembantu keselamatan En Zulkefli Yaakub.
Menurut En Zulkefli Sebanyak 176 Saman telah dikeluarkan sepanjang seminggu operasi dijalankan. Kampus Kuala Lumpur mencatatkan 10 Saman. Antara Kesalahan yang banyak dilakukan adalah kegagalan mempamer pelekat kenderaan/kenderaan tidak berdaftar dengan Bahagian Keselamatan. Sehubungan itu Bahagian Keselamatan menasihatkan supaya mereka yang gagal mendapatkan pelekat ini berhubung dengan pejabat Keselamatan. Sepanjang Operasi dijalankan juga mendapati semakin ramai pengguna jalanraya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Monday, 27 February 2012
Pemasangan Bunting dan Banner di dalam Kampus
![]() |
Contoh Borang-Klik Gambar |
Permohonan mesti menggunakan Borang(seperti yang tertera)yang boleh diperolehi dari Pejabat Keselamatan atau JPPel.
Setiap aktiviti yang dijalankan oleh Pelajar mesti mendapat kebenaran dari Pihak JPPel
Selepas itu Pelajar-pelajar mesti datang ke Pejabat Keselamatan(Unit Tindakan Khas) untuk mendapat cop dan tandatangan sebelum banting dan banner digantung/dipamerkan di dalam kampus.
Kakitangan/Orang luar
Kakitangan UKM boleh datang terus ke Pejabat Keselamatan
Pihak/orang luar perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Pejabat Perhubungan Awam UKM
dan Mesti datang ke Pejabat Keselamatan(Unit Tindakan Khas) untuk mendapat cop dan tandatangan sebelum banting dan banner digantung/dipamerkan di dalam kampus.
Sebarang Masalah Boleh Hubungi talian :03 -89214517
Masa: 8.15pg-4.30 ptg
*Banner/Bunting hendaklah diturunkan sehari selepas aktiviti Selesai
Sunday, 26 February 2012
Friday, 24 February 2012
Operasi haiwan liar masih diteruskan di dalam kampus
![]() |
Pegawai Perhilitan bersama En kamal melihat perangkap |
En. Nasran Ujang juga bersetuju untuk menempatkan perangkap babi di dalam kampus UKM dalam masa terdekat. Mengenai gangguan anjing liar yang berkeliaran di dalam Kampus UKM, Bahagian Keselamatan telah menghubungi Majlis Perbandaran Kajang ( MPKj) dan pertemuan akan diadakan dalam masa terdekat untuk membincang perkara yang berbangkit melibatkan anjing liar.
Pemakluman kepada pelajar Tahun 1: Larangan membawa kenderaan berkereta
Operasi penguatkuasaan PERATURAN-PERATURAN LALULINTAS JALAN UKM 1998 dan larangan membawa kenderaan kepada pelajar tahun 1 akan dijalankan bermula pada 1 Mac 2012. Sehubungan itu Bahagian keselamatan akan memberi masa kepada pelajar-pelajar yang berkaitan untuk menghantar kenderaan tersebut dan tindakan Saman akan mula dikeluarkan bermula 7 Mac 2012.
![]() |
Memo Bahagian Keselamatan |
Sunday, 19 February 2012
Operasi Haiwan liar di dalam Kampus UKM
UKM Bangi 18 Feb- Operasi haiwan liar yang dijalankan bersama oleh Bahagian Keselamatan dan Perhilitan Hulu Langat pada 17 Februari 2012 lebih kurang Jam 10 malam tidak berjaya mengesan haiwan seperti babi yang dilaporkan sebelum ini. Operasi hampir 4 jam itu diketuai oleh En. Nasran Ujang Pen. Peg. Hidupan Liar Hulu Langat. Walaubagaimanapun operasi tersebut akan diteruskan dari masa ke semasa. Sebelum ini terdapat banyak aduan oleh pelajar dan juga warga UKM mengenai haiwan liar seperti anjing,monyet dan babi di dalam kampus.
Pihak Perhilitan juga bersetuju untuk menghantar 2 perangkap Babi ke dalam Kampus. Untuk makluman sebelum ini pihak Perhilitan telah memasang 3 perangkap monyet di dalam kampus dan jumlah tangkapan monyet setakat ini sebanyak 26 ekor.
![]() |
sesi penerangan di dalam bilik Gerakan Operasi |
![]() |
En.Nasran Ujang Pen.Peg Hidupan Liar |
![]() |
En Kamal Unit Tindakan Khan(UTK)BKS memberi penerangan |
Thursday, 16 February 2012
Tip Keselamatan di dalam Kampus
Berikut beberapa tip keselamatan yang perlu diketahui oleh semua warga UKM. Klik Gambar untuk perbesarkan.
Majlis Perasmian Bangunan KESATRIA UKM
![]() |
CANSELOR UKM DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir |
Foto Oleh En Raai ..Lensa Kampus UKM
Untuk melihat gambar Klik Sini
Monday, 13 February 2012
Tangkapan Monyet Bersama Perhilitan Hulu langat
![]() |
Sangkar untuk memindahkan monyet |
Berikut adalah lokasi dan jumlah tangkapan yang berjaya dijalankan:-
Tarikh
|
Lokasi
|
Jumlah
Haiwan Yang Ditangkap
|
Tindakan
|
08. 02.2012 -15.02.2012
(operasi setakat 13.02.2012&
15.02.2012) operasi dilanjutkan seminggu lagi |
Kolej Burhanudin Helmi
|
1
|
Perhilitan
|
Kolej Dato Onn
|
12
|
||
Kolej Antarabangsa Ibu Zain
|
-
|
||
Fakulti Pendidikan
|
4+2
|
||
Fakulti Undang-Undang
|
4
|
||
Perumahan Bukit Puteri
|
2+1
|
Wednesday, 8 February 2012
Operasi Haiwan liar bersama Jabatan Perhilitan Hulu Langat dan Bahagian Keselamatan UKM
08 Feb, UKM Bangi - 3 anggota Jabatan Perhilitan yang diketuai oleh En.Nasir Pembantu Perhilitan bersama 7 anggota keselamatan UKM telah memasang perangkap monyet di dalam kampus UKM. Lokasi pemasangan perangkap adalah di Kolej Burhanudin Helmy, kawasan Rumah Pengetua Kolej Dato' Onn dan Kolej Antarabangsa Ibu Zain.
Kerjasama diantara UKM dan Jabatan PERHILITAN Daerah Hulu Langat dijalankan bagi menyelesaikan masalah monyet dan babi hutan yang sering di laporkan di dalam kampus. En. Nasir turut menyatakan bahawa rekod tangkapan terbesar melalui perangkap monyet setakat ini, adalah sebanyak 39 ekor dalam satu-satu masa.
Berikut adalah beberapa gambar semasa operasi memasang perangkap dijalankan:-
![]() |
Mengenai Perhilitan Daerah Hulu Langat |
![]() |
Pejabat Perhilitan Daerah Hulu Langat |
![]() |
Bengkel membuat perangkap Sg. Ramal |
![]() |
Mendapat bantuan lori dari stor Pusat UKM |
![]() |
Membantu memunggah Perangkap Ke dalam Lori |
![]() |
Perangkap dipasang di Kolej Burhanuddin Helmy |
![]() |
Perangkap dipasang di Rumah Pengetua Kolej Dato' Onn |
![]() |
Perangkap dipasang di Kolej Antarabangsa Ibu Zain |
![]() |
Perbincangan diantara Pengarah Keselamatan dan En Nasir dari Jabatan Perhilitan |
Friday, 3 February 2012
Telaga Mata Air di Kampus UKM
Mungkin ramai dikalangan warga UKM tidak menyedari tentang kewujudan telaga mata air di dalam kampus UKM selama ini. Siri Rondaan bersama Ketua Unit Operasi Bahagian Keselamatan yang baru Kapt Hamon Rafiz (Bersara) telah meninjau ke lokasi yang dimaksudkan.
En. Jasman Hakin Saad Pembantu keselamatan kanan yang bertugas lebih 30 tahun di Bahagian Keselamatan, menceritakan bahawa telaga tersebut pernah digunakan oleh pelajar-pelajar UKM semasa krisis air suatu masa dahulu. Telaga tersebut telah dibangunkan oleh pengawal keselamatan UKM ketika itu untuk kemudahan para pelajar.
Telaga air tersebut juga difahamkan tidak pernah kering dan terletak di seberang jalan rumah Pengetua kolej Dato Onn.
Saturday, 28 January 2012
Suasana Majlis Perbarisan Sempena Majlis Serah Terima Tugas sebagai Pengarah keselamatan
Bangi-17hb Januari - Satu majlis perbarisan telah diadakan sempena perlantikan Pengarah Keselamatan yang baru Lt. Kol. Jury Tasripan (Bersara) yang mula menjalankan tugas pada 19 Disember 2011. Beliau telah menerima tugas daripada Pemangku Ketua Pegawai Keselamatan Lt. Saidi Maarop TLDM (Bersara). Perbarisan tersebut turut dihadiri seramai 60 kakitangan Bahagian Keselamatan. Berikut adalah suasana pada majlis berkenaan. Tahniah diucapkan.
![]() |
Majlis Serah Terima Tugas |
![]() |
Pegawai Pengurusan Tertinggi Bahagian Keselamatan |
![]() |
Pengawal Keselamatan Kanan |
![]() |
Pengawal Keselamatan |
Subscribe to:
Posts (Atom)
