Wednesday, 16 May 2012

Suasana semasa Majlis Perbarisan Bahagian Keselamatan UKM 2012





UCAPAN YANG BERBAHAGIA ENCIK AB. AZIZ OTHMAN, PENDAFTAR UKM DALAM PERBARISAN TAHUNAN BAHAGIAN KESELAMATAN 2012


YANG BERBAHAGIA ENCIK AB. AZIZ OTHMAN, PENDAFTAR UKM 
DALAM PERBARISAN TAHUNAN BAHAGIAN KESELAMATAN 2012
BERSEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KE 42
 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


BISMILLAH HIRAHMAN NIRAHIM

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA

YANG BERUSAHA LEFTENAN KOLONEL JURY TASRIPAN PENGARAH KESELAMATAN BAHAGIAN KESELAMATAN UKM, PEGAWAI-PEGAWAI DAN ANGGOTA-ANGGOTA BAHAGIAN KESELAMATAN UKM SEKELIAN.

1.      TERLEBIH DAHULU MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH S.W.T. KERANA DENGAN IZINNYA KITA DAPAT BERSAMA-SAMA DALAM UPACARA PERBARISAN TAHUNAN BAHAGIAN KESELAMATAN BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KE 42 TAHUN UKM.  MAJLIS INI JUGA  DIADAKAN UNTUK MEMBERI  PENGHORMATAN KEPADA 2 ANGGOTA KESELAMATAN YANG DINAIKKAN PANGKAT, 8 ORANG ANGGOTA YANG DISAHKAN JAWATAN  DAN MERAIKAN 7 ORANG ANGGOTA KESELAMATAN YANG TELAH DAN AKAN BERSARA.
 
 TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKELIAN,

2.      IZINKAN SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MEMBERI SEPATAH DUA KATA KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEBAGAI  AMANAT DAN PANDUAN MELAKSANAKAN TUGAS.

3.      SAYA INGIN MENYENTUH DALAM MELAKSANAKAN TUGAS, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN HENDAKLAH MEMPUNYAI SIFAT AMANAH, BERINTERGERITI DAN BERTANGGUNGJAWAB. TANGGUNGJAWAB BAHAGIAN KESELAMATAN ADALAH BERAT DIMANA SEMUA HAL-HAL YANG MELIBATKAN KESELAMATAN INDIVIDU, HARTA BENDA DAN KEAMANAN KAMPUS ADALAH TANGGUNGJAWAB BAHAGIAN INI. HARAPAN PIHAK PENGURUSAN UNIVERSITI AGAR BAHAGIAN INI DAPAT MENYEDIAKAN KAWALAN KESELAMATAN YANG BOLEH MENJAMIN KESELURUHAN KESELAMATAN DI UNIVERSITI. SAYA BERHARAP SEMUA ANGGOTA KESELAMATAN DARI SEMUA PERINGKAT BERSAMA-SAMA MEMIKUL TANGGUNGJAWAB INI DENGAN BERTUGAS LEBIH BAIK , AMANAH DAN PENUH TANGGUNGJAWAB. JIKA INTERGERTI SEMASA MENJALANKAN TUGAS DIPERTIKAIKAN MAKA IANYA AKAN MENGUNDANG KEJADIAN-KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU DAN INI BOLEH MENJEJASKAN IMEJ UNIVERSITI DAN MEROSAKKAN NAMA BAIK BAHAGIAN KESELAMATAN DAN JABATAN PENDAFTAR SENDIRI.


4.      DALAM MELAKSANAKAN TUGAS SAYA JUGA BERHARAP TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SENSETIF DAN PEKA KEPADA PERKARA-PERKARA YANG BERLAKU DI DALAM KAMPUS DAN SEKITARNYA. SELAKU ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB DENGAN KESELAMATAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEHARUSNYA MERASA SYAK KEPADA INDIVIDU-INDIVIDU YANG MENCURIGAKAN DENGAN BERTANYA ATAU MENAHAN MEREKA JIKA PERLU. 

5.      BAHAGIAN KESELAMATAN JUGA MEMPUNYAI PERANAN YANG BESAR DALAM UNIVERSITI INI SEPERTI JUGA BAHAGIAN-BAHAGIAN LAIN. BAHAGIAN KESELAMATAN MERUPAKAN IMEJ PERTAMA UNIVERSITI YANG MENJADI FRONT LINE DI PINTU-PINTU UTAMA UNIVERSITI. OLEH YANG DEMIKIAN KETERAMPILAN DIRI DENGAN BERPAKAIAN YANG KEMAS, PERWATAKAN YANG BAIK, SIKAP DAN LAYANAN KEPADA TETAMU YANG TERBAIK SEHARUSNYA DIAMALKAN SEBILANG MASA.  DENGAN CARA ITU NAMA BAIK UNIVERSITI  SENTIASA DAPAT DIJAGA.  SAYA JUGA BERHARAP KEPADA SEMUA ANGGOTA KESELAMATAN SUPAYA MENJALANKAN TUGAS DENGAN SOPAN DAN MENGHORMATI PELANGGAN-PELANGGAN UNIVERSITI INI, NAMUN BEGITU KETEGASAN KETIKA MENJALANKAN TUGAS PERLU DIUTAMAKAN.  TINDAKAN PERLU DIAMBIL KEATAS MEREKA YANG MELANGGAR PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI TANPA MENGIRA KEDUDUKAN MEREKA.  PENDEKATAN TEGAS DAN MESRA PERLU DIAMALKAN SEBILANG MASA.

6.      SEPERTIMANA YANG SEDIA MAKLUM, UNIVERSITI INI TELAH DIISYTIHARKAN SEBAGAI UNIVERSITI PENYELIDIKAN DAN DALAM PROSES MENJADI SEBUAH UNIVERSITI YANG TERKEHADAPAN PADA TAHUN 2018.  OLEH ITU CABARAN YANG AKAN KITA HADAPI ADALAH KITA AKAN BERHADAPAN DENGAN PELAJAR-PELAJAR DARI DALAM DAN LUAR NEGARA YANG BERPENGETAHUAN LUAS.  OLEH ITU KITA HENDAKLAH MEMPERSIAPKAN DIRI KITA DENGAN ILMU-ILMU PENGETAHUAN YANG TINGGI DALAM PROFESION KITA SEBAGAI ANGGOTA KESELAMATAN SUPAYA KITA SENTIASA DIHORMATI.

7.      TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG SAYA HORMATI SEKELIAN, AKHIR KATA SAYA INGIN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA ANGGOTA-ANGGOTA YANG TELAH DINAIKKAN PANGKAT DAN DISAHKAN JAWATAN, BERTUGASLAH DENGAN PENUH DEDIKASI DAN BERTANGGUNGJAWAB.  KEPADA ANGOTA-ANGGOTA YANG TELAH DAN AKAN BERSARA, SAYA BAGI  PIHAK PENGURUSAN UNIVERSITI MENGUCAPKAN TERIMA KASIH DIATAS SUMBANGAN DAN KHIDMAT BAKTI TUAN-TUAN KEPADA UNIVERSITI INI. SESUNGGUHNYA JASA-JASA TUAN-TUAN SENTIASA DIKENANG DAN SAYA BERDOA MOGA TUAN DIBERI KESIHATAN YANG BAIK SERTA SENTIASA DEBERKATI OLEH ALLAH SWT.  SEKIAN TERIMA KASIH.

Friday, 20 April 2012

Tangkapan Haiwan Liar di dalam Kampus

Operasi menangkap haiwan liar yang dilaksanakan bersama Perhilitan Hulu Langat bermula 29 Mac yang lalu masih diteruskan sehingga kehari ini. Ketua Unit Perhilitan Hulu Langat En. Nasran Ujang ketika dihubungi bersetuju untuk mengekalkan 2 perangkap monyet dan 1 perangkap babi di dalam kampus UKM.
Tangkapan di Sebuah Kolej
Pemantauan akan diteruskan oleh Bahagian Keselamatan bagi memastikan haiwan liar dapat dikawal. Untuk makluman dalam masa terdekat Pihak Keselamatan akan membuat operasi anjing liar yang kerap dilaporkan. Semoga keselamatan warga UKM akan sentiasa terjamin.

Friday, 9 March 2012

Keselamatan motosikal di dalam Kampus

Kehilangan Motosikal pelajar yang dilaporkan baru-baru ini di beberapa lokasi dalam kampus telah mendapat perhatian serius Bahagian Keselamatan. Disamping itu beberapa operasi telah dijalankan oleh Bahagian Keselamatan untuk memastikan kadar kecurian motosikal berkurangan di dalam Kampus. Lokasi kehilangan motosikal yang dilaporkan adalah seperti berikut:-


  • Tempat letak Motosikal Kolej Tun Husien Onn
  • Tempat letak Motosikal Kolej Rahim Kajai
  • Tempat letak Motosikal kolej Dato Onn
  • Tempat letak Motosikal Pusanika
  • Tempat Letak Motosikal K13D KIY
  • Tempat Letak Motosikal K18D-KAIZ
  • Tempat letak Motosikal FPI
Sehubungan itu, Bahagian Keselamatan menyarankan agar pelajar-pelajar mengambil langkah seperti menggunakan kunci pendua atau merantai motosikal di tempat yang telah disediakan bagi mengelakkan kecurian. Pihak Keselamatan juga akan membuat rondaan yang kerap dan akan terus membuat pemeriksaan ketat di Pintu Utama bagi mengatasi masalah ini.

Pelajar juga dikehendaki memaklumkan dengan kadar segera ke pejabat keselamatan sekiranya berlaku kehilangan Motosikal. Pelajar-pelajar juga boleh menghubungi terus talian 24 Jam Bahagian keselamatan di talian 03-89214444/4666

"Keselamatan Tanggungjawab Bersama"

Friday, 2 March 2012

OPERASI PERATURAN-PERATURAN LALULINTAS JALAN UKM 1998

gambar-sekadar hiasan
Operasi jalan raya bagi memastikan PERATURAN-PERATURAN LALULINTAS JALAN UKM 1998 dipatuhi telah dijalankan dari 20 hingga 24 Februari yang lepas. Operasi dijalankan dibeberapa lokasi seperti PUSANIKA,KOLEJ DATO'ONN, PINTU NO 2 & 3, DAN CANSELORI. Operasi kali ini, turut dijalankan di Kampus Kuala Lumpur. Operasi telah di ketuai oleh Penyelia Unit Trafik Pembantu keselamatan En Zulkefli Yaakub.

Menurut En Zulkefli Sebanyak 176 Saman telah dikeluarkan sepanjang seminggu operasi dijalankan. Kampus Kuala Lumpur mencatatkan 10 Saman. Antara Kesalahan yang banyak dilakukan adalah kegagalan mempamer pelekat kenderaan/kenderaan tidak berdaftar dengan Bahagian Keselamatan. Sehubungan itu Bahagian Keselamatan menasihatkan supaya mereka yang gagal mendapatkan pelekat ini berhubung dengan pejabat Keselamatan. Sepanjang Operasi dijalankan juga mendapati semakin ramai pengguna jalanraya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Monday, 27 February 2012

Pemasangan Bunting dan Banner di dalam Kampus

Contoh Borang-Klik Gambar
Pelajar

Permohonan mesti menggunakan Borang(seperti yang tertera)yang boleh diperolehi dari Pejabat Keselamatan atau JPPel.

Setiap aktiviti yang dijalankan oleh Pelajar mesti mendapat kebenaran dari Pihak JPPel

Selepas itu Pelajar-pelajar mesti datang ke Pejabat Keselamatan(Unit Tindakan Khas) untuk mendapat cop dan tandatangan sebelum banting dan banner digantung/dipamerkan di dalam kampus.

Kakitangan/Orang luar

Kakitangan UKM boleh datang terus ke Pejabat Keselamatan

Pihak/orang luar perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Pejabat Perhubungan Awam UKM

dan Mesti datang ke Pejabat Keselamatan(Unit Tindakan Khas) untuk mendapat cop dan tandatangan sebelum banting dan banner digantung/dipamerkan di dalam kampus.

Sebarang Masalah Boleh Hubungi talian :03 -89214517

Masa: 8.15pg-4.30 ptg 

*Banner/Bunting hendaklah diturunkan sehari selepas aktiviti Selesai