Monday 27 February 2012

Pemasangan Bunting dan Banner di dalam Kampus

Contoh Borang-Klik Gambar
Pelajar

Permohonan mesti menggunakan Borang(seperti yang tertera)yang boleh diperolehi dari Pejabat Keselamatan atau JPPel.

Setiap aktiviti yang dijalankan oleh Pelajar mesti mendapat kebenaran dari Pihak JPPel

Selepas itu Pelajar-pelajar mesti datang ke Pejabat Keselamatan(Unit Tindakan Khas) untuk mendapat cop dan tandatangan sebelum banting dan banner digantung/dipamerkan di dalam kampus.

Kakitangan/Orang luar

Kakitangan UKM boleh datang terus ke Pejabat Keselamatan

Pihak/orang luar perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Pejabat Perhubungan Awam UKM

dan Mesti datang ke Pejabat Keselamatan(Unit Tindakan Khas) untuk mendapat cop dan tandatangan sebelum banting dan banner digantung/dipamerkan di dalam kampus.

Sebarang Masalah Boleh Hubungi talian :03 -89214517

Masa: 8.15pg-4.30 ptg 

*Banner/Bunting hendaklah diturunkan sehari selepas aktiviti Selesai

Friday 24 February 2012

Operasi haiwan liar masih diteruskan di dalam kampus

Pegawai Perhilitan bersama En kamal melihat perangkap
24 Feb UKM Bangi- Operasi menangkap haiwan liar di dalam Kampus UKM masih diteruskan bersama Perhilitan Hulu Langat sehingga minggu depan. En.Nasran Ujang Ketua Pejabat Perhilitan Hulu langat bersetuju untuk melanjutkan tempoh penempatan perangkap monyet di kawasan yang sering dilaporkan berlaku gangguan oleh monyet-monyet. Untuk Makluman operasi yang dijalankan selama hampir 2 minggu telah berjaya menangkap 32 ekor monyet setakat ini.

En. Nasran Ujang juga bersetuju untuk menempatkan perangkap babi di dalam kampus UKM dalam masa terdekat. Mengenai gangguan anjing liar yang berkeliaran di dalam Kampus UKM, Bahagian Keselamatan telah menghubungi Majlis Perbandaran Kajang ( MPKj) dan  pertemuan akan diadakan dalam masa terdekat untuk membincang perkara yang berbangkit melibatkan anjing liar.

Pemakluman kepada pelajar Tahun 1: Larangan membawa kenderaan berkereta

Pemakluman kepada Pelajar Tahun 1

Operasi penguatkuasaan PERATURAN-PERATURAN LALULINTAS JALAN UKM 1998  dan larangan membawa kenderaan kepada pelajar tahun 1 akan dijalankan bermula pada 1 Mac 2012. Sehubungan itu Bahagian keselamatan akan memberi masa kepada pelajar-pelajar yang berkaitan untuk menghantar kenderaan tersebut dan tindakan Saman akan mula dikeluarkan bermula 7 Mac 2012.

Memo Bahagian Keselamatan
PERATURAN-PERATURAN LALULINTAS JALAN UKM 1998  Klik Sini

Sunday 19 February 2012

Operasi Haiwan liar di dalam Kampus UKM

UKM Bangi 18 Feb- Operasi haiwan liar yang dijalankan bersama oleh Bahagian Keselamatan dan Perhilitan Hulu Langat pada 17 Februari 2012 lebih kurang Jam 10 malam tidak berjaya mengesan haiwan seperti babi yang dilaporkan sebelum ini. Operasi  hampir 4 jam itu diketuai oleh En. Nasran Ujang Pen. Peg. Hidupan Liar Hulu Langat.  Walaubagaimanapun operasi tersebut akan diteruskan dari masa ke semasa. Sebelum ini terdapat banyak aduan oleh pelajar dan juga warga UKM mengenai haiwan liar seperti anjing,monyet dan babi di dalam kampus.

Pihak Perhilitan juga bersetuju untuk menghantar 2 perangkap Babi ke dalam Kampus. Untuk makluman sebelum ini pihak Perhilitan telah memasang 3 perangkap monyet di dalam kampus dan jumlah tangkapan monyet setakat ini sebanyak 26 ekor. 

sesi penerangan di dalam bilik Gerakan Operasi

En.Nasran Ujang Pen.Peg Hidupan Liar

En Kamal Unit Tindakan Khan(UTK)BKS memberi penerangan

Thursday 16 February 2012

Tip Keselamatan di dalam Kampus

Berikut beberapa tip keselamatan yang perlu diketahui oleh semua warga UKM. Klik Gambar untuk perbesarkan.


Majlis Perasmian Bangunan KESATRIA UKM

 CANSELOR UKM DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir


Foto Oleh En Raai ..Lensa Kampus UKM

Untuk melihat gambar Klik Sini

Monday 13 February 2012

Tangkapan Monyet Bersama Perhilitan Hulu langat


Sangkar untuk memindahkan monyet



Berikut adalah lokasi dan jumlah tangkapan yang berjaya dijalankan:-


Tarikh
Lokasi
Jumlah Haiwan Yang Ditangkap
Tindakan
08. 02.2012 -15.02.2012
(operasi setakat 13.02.2012&
15.02.2012)
operasi dilanjutkan seminggu lagi
Kolej Burhanudin Helmi
1


Perhilitan
Kolej Dato Onn
12
Kolej Antarabangsa Ibu Zain
-
Fakulti Pendidikan
4+2
Fakulti Undang-Undang
4
Perumahan Bukit Puteri
2+1

Wednesday 8 February 2012

Operasi Haiwan liar bersama Jabatan Perhilitan Hulu Langat dan Bahagian Keselamatan UKM

08 Feb, UKM Bangi - 3 anggota Jabatan Perhilitan yang diketuai oleh En.Nasir Pembantu Perhilitan bersama 7 anggota keselamatan UKM telah memasang perangkap monyet di dalam kampus UKM. Lokasi pemasangan perangkap adalah di Kolej Burhanudin Helmy, kawasan Rumah Pengetua Kolej Dato' Onn dan Kolej Antarabangsa Ibu Zain.

Kerjasama diantara UKM dan Jabatan PERHILITAN Daerah Hulu Langat dijalankan bagi menyelesaikan masalah monyet dan babi hutan yang sering di laporkan di dalam kampus. En. Nasir turut menyatakan bahawa rekod tangkapan terbesar melalui perangkap monyet setakat ini, adalah sebanyak 39 ekor dalam satu-satu masa.

Berikut adalah beberapa gambar semasa operasi memasang perangkap dijalankan:-

Mengenai Perhilitan Daerah Hulu Langat
Pejabat Perhilitan Daerah Hulu Langat
Bengkel membuat perangkap Sg. Ramal
Mendapat bantuan  lori dari stor Pusat UKM
Membantu memunggah Perangkap Ke dalam Lori
Perangkap dipasang di Kolej Burhanuddin Helmy
Perangkap dipasang di Rumah Pengetua Kolej Dato' Onn

Perangkap dipasang di Kolej Antarabangsa Ibu Zain
Perbincangan diantara Pengarah Keselamatan dan En Nasir dari Jabatan Perhilitan

Friday 3 February 2012

Telaga Mata Air di Kampus UKM









Mungkin ramai dikalangan warga UKM tidak menyedari tentang kewujudan telaga mata air di dalam kampus UKM selama ini. Siri Rondaan bersama Ketua Unit Operasi Bahagian Keselamatan yang baru Kapt Hamon Rafiz (Bersara) telah meninjau ke lokasi yang dimaksudkan.

En. Jasman Hakin Saad Pembantu keselamatan kanan yang bertugas lebih 30 tahun di Bahagian Keselamatan, menceritakan bahawa telaga tersebut pernah digunakan oleh pelajar-pelajar UKM semasa krisis air suatu masa dahulu. Telaga tersebut telah dibangunkan oleh pengawal keselamatan UKM ketika itu untuk kemudahan para pelajar.

Telaga air tersebut juga difahamkan tidak pernah kering dan terletak di seberang jalan rumah Pengetua kolej Dato Onn.